latih diri menjadi Pengusaha

Ramai di antara kita berminat untuk menjalankan perniagaan. Ada yang sanggup menghabiskan hingga ratusan ringgit mahupun ribuan ringgit sebagai permulaan yang mana pada akhirnya tidak mendapat pulangan yang diidam-idamkan.
Berniaga merupakan salah satu daripada sumber pendapatan yang boleh diperolehi samaada dilakukan sepenuh masa ataupun sambilan ketika ada masa yang terluang. Berniaga juga bukanlah semudah yang disangkakan kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan serta perkhidmatan yang memuashan hati mereka. Kejujuran serta komunikasi terhadap pelanggan harus diutamakan dalam apa jua transaksi perniagaan.
Produk Fizikal dan Produk Digital
Di alam internet masa kini, terdapat pelbagai perniagaan yang menggunakan internet sebagai alat pemasaran sesuatu produk ataupun perkhidmatan. Ada yang menjual produk fizikal dan tidak kurang juga ada yang menjual produk digital. Ada juga yang membantu memasarkan produk tersebut melalui internet dengan hanya mengambil komisyen setiap produk yang terjual.
Kini, dengan kepesatan teknologi maklumat yang semakin berkembang, terdapat juga perkhidmatan di mana anda boleh menjadi usahawan dengan cara yang paling mudah dan menjimatkan masa. Anda hanya perlu membuat pemasaran tanpa membeli produk terlebih dahulu, tanpa menyimpan stok dan tanpa melakukan penghantaran.
Sistem Dropship
Sistem 'Dropship' adalah satu sistem di mana anda menggunakan perkhidmatan syarikat tertentu untuk menghantar produk yang anda jual kepada pelanggan anda. Melalui cara ini, anda hanya perlu menerima bayaran serta pesanan dari pelanggan anda dan kemudian menggunakan syarikat tersebut untuk menghantar produk tersebut bagi pihak anda.
Cara ini mampu menjana pendapatan sampingan dengan kos yang amat murah serta masa yang sedikit untuk melaksanakannya. Maka anda bolehlah meluangkan masa dengan keluarga di samping anda melatih diri untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Di harap perkongsian ini mampu meningkatkan ekonomi seisi rumah dengan menggunakan kemudahan internet serta sedikit sebanyak mampu menyelesaikan masalah kewangan yang seringkali merebak menjadi masalah lain di dalam institusi kekeluargaan
- Artikel iluvislam.com

0 komentar:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | SharePoint Demo